✿ HAPPY HOLIDAY ! READY FOR ENTER SCHOOL ~ JYEAH! :D✿

Nostalgia Ramadhan

Assalamualaikum & Hye , readers .
Ramadhan dah sampai , Syaaban dah pergi . Harap bulan Ramadhan kali ni lebih baik daripada Ramadhan yang lepas . Ramadhan lepas? mengingatkan aku dengan aktiviti-aktiviti yang dah pun jadi memori sekarang ni . aku rindu ~ :')
1. mercun dan bunga api
dulu selalu lah jugak main benda-benda alah ni . sekarang ? buruk benar nampaknya . LOL .
dah besar gajah kan . memang rindu lah nak main lagi . yang selalu sponser kami , Uncle Wa . 

2. terawih
dulu-dulu, bila ibu ajak pergi terawih, selalu sangat bagi alasan kartun . sakit perut, kenyang, mengantuk. maklumlah, waktu tuh belum mumaiyiz lagi kan. XD

3.biskut raya
bila ibu atau nenek buat biskut raya, aku lah yang jadi tukang habiskan ! tapi sekarang, orang dah guna yang "BISKUT RAYA JUAL BELI" . dah tak excited macam dulu . sekarang kann , semua orang dah sibuk, tak ada masa nak uli tepung . aku faham sebenarnya . tapi kalau keadaan sama macam dulu kan seronok ?

4. bazaar ramadhan
family aku memang jarang pergi bazaar . kalau balik kampung, baru senang nak pilih sana , pilih sini . tapi kalau kat sini, sebulan sekali pun susah ! ada banyak alasan. antaranya, ayah memang jenis yang tak suka tempat sesak. sebut bazaar kampung, aku belajar untuk membezakan bahawa masakan kampung lebih sedap daripada masakan orang bandar . boleh dijadikan FAKTA . :)

5. iklan tv
time kecik-kecik dulu, aku dan adik-adik akan duduk betul-betul depan tv sebab nak tunggu azan maghrib . mulut pun bising lah .
"lepas iklan yang ini mesti azan!" . "tak . ada iklan lagi satu barulah azan" . "bukan lah . ada dua iklan lagi"
waktu tu kan masing-masing belum baligh lagi . termasuk aku! perangai pun ntah apa-apa ntah . sampai bawak ke gaduh pulak tuh!
ish, ish . haha .
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA :)

HEY, CUTE. THANKS READING ^^ ♥

No comments: